SEBANYAK $240 juta diperuntukkan di bawah ComCare bagi membantu golongan memerlukan tahun ini. Ini termasuk mereka yang terjejas oleh koronavirus Covid-19, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.
Jumlah itu termasuk komitmen Kementerian Kewangan sebanyak $180 juta daripada Belanjawan Perpaduan dan faedah Dana Endowmen ComCare bagi bantuan ComCare tahun ini - bertambah 9 peratus daripada tahun lalu - serta tokokan $60 juta di bawah Belanjawan Daya Tahan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg