Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 1 kes baru dalam masyarakat, 31 kes import
Covid-19: 1 kes baru dalam masyarakat, 31 kes import
Apr 10, 2021 | 5:44 PM
Covid-19: 1 kes baru dalam masyarakat, 31 kes import
- - Foto fail
TERDAPAT satu kes baru jangkitan Covid-19 dalam masyarakat, serta 31 kes import yang disahkan hingga 12 tengah hari Sabtu (10 April). Ini bermakna terdapat sejumlah 32 kes baru, membawa jumlah kes kepada 60,633 di Singapura. Kesemua kes import itu telah diberi notis jangan keluar rumah setibanya di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Sabtu. Tiada kes baru yang dikesan di dormitori pekerja migran. MOH akan memberi maklumat lanjut malam ini.

