Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 1 warga S'pura antara 451 kes baru, bilangan kes baru dalam masyarakat terus merosot menjelang akhir tempoh pemutus litar

May 19, 2020 | 10:58 PM
Bilangan kes baru di kalangan masyarakat telah merosot, daripada enam kes sehari pada dua minggu lalu secara purata kepada tiga kes sehari secara purata pada minggu lalu.
Bilangan kes baru di kalangan masyarakat telah merosot, daripada enam kes sehari pada dua minggu lalu secara purata kepada tiga kes sehari secara purata pada minggu lalu. - - FOTO: LIM YAOHUI

SEORANG warga Singapura antara 451 kes Covid-19 baru pada Selasa (19 Mei), berlatar pengumuman pemerintah mengenai rancangannya melonggarkan sekatan secara bertahap selepas tempoh pemutus litar luput bulan depan.

Lelaki berusia 30 tahun itu diuji positif pada 18 Mei dan adalah ahli keluarga seorang pesakit Covid-19 yang dilaporkan sebelum ini.

Baki 450 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori.

Dua kelompok jangkitan pula baru dikenal pasti - di 2 Sungei Kadut Street 4 dan 13, Kaki Bukit Road 4, sementara dua kelompok jangkitan di NCS Hub di 5 Ang Mo Kio Street 62 dan CitiWall di 34 Kaki Bukit Crescent telah ditutup. Tiada kes baru lahir dari kededua kelompok itu dalam tempoh inkubasi virus sepanjang 28 hari lalu.

Dalam kenyataan pada Selasa, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bilangan kes baru di kalangan masyarakat telah merosot dalam tempoh seminggu, daripada purata enam kes sehari kepada tiga kes sehari minggu lalu.

Buat masa ini, terdapat 28,794 kes di Singapura, termasuk 22 pesakit yang telah meninggal dunia.

Seramai 530 pesakit telah diizinkan pulang dari hospital meningkatkan bilangan pesakit yang pulih kepada 10,365 orang.

Lagi 1,004 orang masih dirawat di hospital dan kebanyakan berada dalam keadaan stabil.

Seramai 17,403 pesakit Covid-19 yang diisytihar sihat atau menunjukkan simptom ringan meskipun diuji positif, kini diasingkan di kemudahan penjagaan masyarakat.

Dalam pada itu, jawatankuasa bertindak bagi Covid-19 mengumumkan rancangannya untuk melonggarkan sekatan yang diperuntuk tempoh pemutus litar secara bertahan selepas 1 Jun, termasuk membenarkan lebih banyak perniagaan dan sekolah-sekolah dibuka secara bertahap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg