SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 10 kes import, 1 kes tempatan dilapor

Covid-19: 10 kes import, 1 kes tempatan dilapor

Feb 18, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 10 kes import, 1 kes tempatan dilapor

0c160b12-716d-4ca8-b371-8e40e09f6e2a
-

TERDAPAT 11 kes koronavirus baru yang disahkan tengahari semalam, membawa bilangan keseluruhan kepada 59,821.

Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes dalam kalangan asrama pekerja asing.

Terdapat 10 kes import yang telah diletakkan di bawah notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

"Kebanyakan di antara mereka tiba di Singapura sebelum ujian serologi dijalankan sebaik tiba di sini," kata Kementerian Kesihatan.

Pada Selasa lalu, satu-satunya kes koronavirus baru yang diumumkan merupakan seorang pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia.

Pembantu rumah itu telah diletakkan di bawah SHN sebaik tiba di Singapura dan telah diuji sementara menjalani notis itu.

Ujian serologinya mendapati beliau positif pada Isnin lalu, yang menunjukkan bahawa beliau mempunyai jangkitan sebelum ini.

Namun, beliau belum mengambil ujian serologi apabila tiba di Singapura pada 2 Februari.

MOH berkata ia tidak dapat merumuskan bahawa beliau tidak lagi berjangkit apabila tiba.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan mengambil tindakan kesihatan awam yang diperlukan," katanya.

Pihak kementerian menambah pada Selasa lalu bahawa satu daripada kelompok aktif dari bulan lalu kini telah ditutup.

Tujuh orang jatuh sakit dalam kelompok penjagaan haiwan polis K-9, yang merebak selepas seorang pembantu doktor haiwan polis (para veterinarian) dijangkiti Covid-19.

Memandangkan kelompok itu tidak mempunyai kes baru yang berkaitan dengannya selama 28 hari, atau dua tempoh inkubasi, ia kini telah ditutup.

MOH menambah bahawa sejak 5 Februari lalu, permit kerja yang baru tiba di sini dan pemegang S Pas dalam bidang pembinaan, marin dan sektor pemprosesan serta pembantu rumah dan penjaga wanita dalam pantang yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau rantau berisiko tinggi, telah diperlukan secara progresif untuk menjalani ujian serologi wajib sebaik tiba di sini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg