Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 11 jangkitan baru, 9 kes dalam masyarakat
Covid-19: 11 jangkitan baru, 9 kes dalam masyarakat
Covid-19: 11 jangkitan baru, 9 kes dalam masyarakat
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 11 kes jangkitan Covid-19 baru semalam, dengan sembilan daripadanya merupakan kes masyarakat dan dua yang lain pula kes import.
Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan lima daripada kes masyarakat ini tiada kaitan dengan kes terdahulu.
Dalam kalangan empat kes yang berkaitan pula, tiga daripadanya sudah dikuarantin manakala baki satu kes pula dikesan menerusi ujian, sama ada operasi ujian swab atau ketika pesakit mendapatkan rawatan di klinik.
MOH menambah, dua kes import yang dikesan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), setibanya di Singapura.
Salah satu kes ini melibatkan warga Singapura yang pulang ke sini.
Tiada kes dormitori baru dilaporkan semalam.
Sehingga akhbar ini diterbitkan, jumlah keseluruhan kes di Singapura sejak pandemik ini bermula tahun lalu mencecah 62,414 kes.
Hari ini, Singapura mula membuka ekonominya semula dengan orang ramai dibenarkan makan di premis makanan dan minuman (F&B) dalam had kumpulan seramai dua orang.
Rancangan awal membolehkan kumpulan hingga had lima orang berkumpul ditunda hingga pertengahan Julai, melihat pada keadaan virus itu kini.
Pihak berkuasa berusaha mengekang kluster di Pasar dan Pusat Makanan Bukit View daripada bertambah.
Ujian swab wajib dikendalikan bagi penduduk blok-blok berhampiran pasar dan pusat makanan berkenaan semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga dan juga kerana kewujudan 21 kes di sembilan isi rumah Blok 119, Bukit Merah View.
Minggu lalu, 94 kes Covid-19 yang tersebar dalam kalangan masyarakat dilaporkan, berbanding 41 kes pada minggu sebelumnya.

