SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 11 kes baru semua diimport, 1 kelompok ditutup

Covid-19: 11 kes baru semua diimport, 1 kelompok ditutup

Feb 22, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 11 kes baru semua diimport, 1 kelompok ditutup

5bb2c18d-d902-43ef-9490-56400fc36bc9
-

SEBANYAK 11 kes Covid-19 baru, semuanya diimport, disahkan hingga tengah hari semalam.

Kesemua mereka telah diasingkan atau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes baru jangkitan tempatan, tambah MOH.

Angka terbaru itu menjadikan jumlah 59,869 kes di sini sejauh ini.

Kelmarin, sebanyak 12 kes Covid-19 baru, semuanya diimport, disahkan.

Sementara itu, MOH juga menyatakan bahawa kelompok jangkitan koronavirus itu di syarikat BS Industrial and Construction Supply, yang dikaitkan dengan lapan kes, telah ditutup.

Kementerian itu mendedahkan bahawa tidak ada lagi kes yang berkaitan dengan kelompok tersebut selama dua masa inkubasi - atau tempoh 28 hari lalu.

Kes pertama yang dilaporkan dalam kelompok itu adalah penduduk tetap (PR) berusia 39 tahun yang bekerja dalam bidang penjualan di syarikat tersebut.

Beliau diuji positif Covid-19 pada 18 Januari.

Kes terakhir yang tercatat dalam kelompok itu pula adalah seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun yang bekerja dalam bidang penjualan di syarikat itu.

Beliau diuji positif pada 21 Januari.

Selain itu, di peringkat sejagat, penularan koronavirus itu, yang bermula pada Disember 2019, telah menjangkiti lebih 110 juta orang.

Lebih 2.4 juta orang pula telah meninggal dunia ekoran Covid-19 itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg