Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 1,111 kes baru, kebanyakan libatkan pemegang permit kerja di dormitori

Apr 21, 2020 | 3:36 PM
PENULARAN VIRUS COVID-19: Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga tengah hari ini sejumlah 1,111 dicatatkan dengan sebahagian besar mereka yang dijangkiti merupakan pekerja warga asing.
PENULARAN VIRUS COVID-19: Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga tengah hari ini sejumlah 1,111 dicatatkan dengan sebahagian besar mereka yang dijangkiti merupakan pekerja warga asing. - Fail

SEBANYAK 1,111 kes jangkitan Covid-19 baru disahkan di Singapura sehingga tengah hari ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan. Sejumlah besar kes melibatkan pemegang permit kerja yang menetap di asrama pekerja asing. Sejumlah 20 kes pula melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Ini membawa kepada 9,125 kes yang dihadapi negara ini secara keseluruhannya.

Semalam, MOH mengumumkan peningkatan tertinggi - sebanyak 1,426 kes - termasuk 1,369 kes melibatkan pekerja asing yang menginap di asrama.

Ujian yang dilakukan secara agresif selain penularan dalam kelompok di asrama telah meningkatkan jumlah kes di Singapura sejak langkah pemutus litar dilaksanakan.

Pada 6 April lalu - sehari sebelum bermulanya pemutus litar - sebanyak 1,375 kes diumumkan. Ini meningkat kepada 2,918 kes pada Isnin lalu sebelum melepasi 8,000 kes semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg