SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 129 kes dalam masyarakat; 50 tidak berkait

Covid-19: 129 kes dalam masyarakat; 50 tidak berkait

Jul 30, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 129 kes dalam masyarakat; 50 tidak berkait

ff8da809-b2a8-41e3-949a-b6916394169a
-

TERDAPAT 129 kes baru Covid-19 dalam masyarakat semalam, termasuk 50 kes yang tidak berhubung kait.

Ini termasuk 30 kes dari kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP), menjadikan keseluruhan 962 kes di sana sehingga tengah hari semalam.

Lagi dua kes baru pula dikaitkan dengan kelompok KTV, yang kini mempunyai 249 kes.

Dalam kenyataan awalnya semalam, MOH berkata 68 daripada 129 kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan kes lalu dan telah dikuarantin.

Lagi 11 kes yang dikaitkan dengan kes lalu pula dikesan menerusi pengawasannya.

Dalam kalangan kes tidak berkait, empat melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau belum divaksin penuh dan mereka menanggung risiko penyakit serius, kata MOH.

Singapura juga melaporkan empat kes import semalam, dan mereka telahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, kata MOH.

Tiga kes dikesan ketika tiba di Singapura, sementara baki satu kes menunjukkan gejala ketika menjalani SHN atau semasa diasingkan.

Secara keseluruhan, terdapat 64,722 kes Covid-19 di Singapura pada masa ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg