SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 14 kes baru jangkitan dalam masyarakat; 2 import

Covid-19: 14 kes baru jangkitan dalam masyarakat; 2 import

Jun 18, 2021 | 4:13 PM

Covid-19: 14 kes baru jangkitan dalam masyarakat; 2 import

16 kes baru Covid-19 dilaporkan pada 18 Jun. - Foto fail
16 kes baru Covid-19 dilaporkan pada 18 Jun. - Foto fail -

TERDAPAT 16 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini (18 Jun), 14 daripadanya merupakan jangkitan dalam masyarakat.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata empat daripada 14 kes baru itu tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

10 lagi kes baru jangkitan dalam masyarakat berkait dengan kes Covid-19 yang pernah dilaporkan.

Daripada bilangan tersebut, lima sudah pun dikuarantin sebelum ini, sementara lagi lima dikesan melalui pemantauan.

MOH juga berkata terdapat dua kes import yang merupakan warga dan penduduk tetap Singapura. Mereka sudah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di sini.

Tiada kes baru dilaporkan dalam dormitori pekerja migran.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg