SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 14 kes baru, semuanya diimport

Covid-19: 14 kes baru, semuanya diimport

Feb 15, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 14 kes baru, semuanya diimport

c33e330e-c570-49aa-b268-0063b8d2e07d
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 14 kes import jangkitan Covid-19 baru semalam.

Dalam kenyataannya, MOH berkata 13 kes sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Satu kes pula pada awalnya didapati negatif Covid-19 ketika individu berkenaan tiba di Singapura pada 10 Februari bagi projek kerja.

Sepanjang di sini, jadual hariannya dikawal. Namun, pada 12 Februari, sebagai memenuhi ketetapan ujian tetap buat pengunjung, beliau didapati positif Covid-19.

Tiada kes dalam masyarakat atau dormitori dikesan semalam.

Dalam pada itu, menerusi kenyataannya kelmarin, MOH berkata, Singapura telah melaporkan lapan kes dalam masyarakat Covid-19 baru bagi minggu sudah, berbanding hanya satu kes sahaja dalam tempoh tujuh hari sebelum itu.

MOH menjelaskan lima daripada lapan kes ini tiada kaitan.

Sebanyak sembilan kes import dikenal pasti kelmarin. Lapan daripadanya melibatkan pembantu rumah asing dari India, Indonesia dan Myanmar.

Baki satu kes lagi adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Russia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg