SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 14 kes masyarakat, 12 kait kes awal, 3 tiada kaitan

Covid-19: 14 kes masyarakat, 12 kait kes awal, 3 tiada kaitan

May 28, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 14 kes masyarakat, 12 kait kes awal, 3 tiada kaitan

f1961775-d7ed-48fd-b488-5b9f91fa1c1c
-

TERDAPAT 14 kes baru Covid19 dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk tiga kes tanpa hubung kait dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 12 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini, dan semuanya sudah dikuarantin terlebih dahulu menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Selain itu terdapat satu kes di dormitori pekerja migran.

Mengambil kira sembilan kes import - yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan tujuh antara mereka adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) - secara keseluruhan, terdapat 24 kes baru Covid-19 sehingga 12 tengah hari semalam, menurut MOH dalam satu kenyataan.

Ia membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kepada 61,940.

Dua pelajar dari Sekolah Rendah Concord di Choa Chua Kang, adalah antara 26 kes Covid-19 yang dilaporkan kelmarin.

Pelajar pertama adalah kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mula mengalami batuk pada 22 Mei tetapi tidak melaporkan gejalanya itu.

Sementara murid kedua adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang telah mengalami gejala selesema pada 24 Mei.

Kedua-dua murid itu dikenakan kuarantin dari 21 Mei.

Hari terakhir mereka ke sekolah adalah pada 17 Mei, kata MOH.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg