Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 16 kes baru dalam masyarakat, antaranya libatkan 7 anggota keluarga pegawai ICA dan 8 kakitangan, pesakit TTSH
Covid-19: 16 kes baru dalam masyarakat, antaranya libatkan 7 anggota keluarga pegawai ICA dan 8 kakitangan, pesakit TTSH
Covid-19: 16 kes baru dalam masyarakat, antaranya libatkan 7 anggota keluarga pegawai ICA dan 8 kakitangan, pesakit TTSH
TUJUH anggota keluarga pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang dijangkiti Covid-19 sebelum ini adalah antara 16 kes baru dalam kalangan masyarakat yang dikenal pasti pada Khamis (29 April).
Manakala lapan yang lain berkait dengan jururawat Filipina yang bertugas di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan disahkan positif Covid-19 pada Rabu (28 April).
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata semua kes ini sudah dikuarantin.
Kakitangan dan pesakit TTSH pula dikenal pasti menerusi ujian proaktif yang dikendalikan ke atas wad yang terjejas.
Selain itu, MOH menambah terdapat 19 kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Keseluruhannya, MOH mengenal pasti 35 kes jangkitan Covid-19 baru.
Dalam perkembangan terkini, TTSH menjalankan ujian buat semua kakitangannya yang bekerja di wad.
Semua kontak rapat kes ini termasuk pesakit, pengunjung dan kakitangan yang pernah ke Wad 9D dikuarantin.
Pengunjung juga tidak dibenarkan datang ke wad sedang siasatan dijalankan.

