Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 17 kes baru diimport, tiada kes dalam masyarakat
Covid-19: 17 kes baru diimport, tiada kes dalam masyarakat
Covid-19: 17 kes baru diimport, tiada kes dalam masyarakat
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengenal pasti sebanyak 17 kes import jangkitan Covid-19 baru semalam.
Dalam kenyataannya, MOH berkata semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Tiada jangkitan dalam masyarakat atau dormitori dikesan.
Pada Jumaat lalu, seorang lelaki Singapura berusia 61 tahun meninggal dunia kerana komplikasi yang berpunca daripada jangkitan Covid-19.
Mengesahkan demikian dalam kenyataannya kelmarin, MOH berkata lelaki berkenaan berada di Amiriah Arab Bersatu (UAE) bagi tugasannya sebelum kembali ke Singapura pada 30 Januari.
Beliau mula batuk sebelum berangkat dari UAE dan sesak nafas pada hari yang sama. Ujian Covid-19 yang dijalani setibanya di Singapura mengesahkan beliau positif koronavirus.
Sebelum ini, MOH menambah lelaki itu mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, hiperlipidaemia (darah yang mengandungi banyak lemak) dan gout.
Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit sudah menghubungi keluarganya dan memberikan bantuan kepada mereka.
Lapan kes baru yang kesemuanya merupakan kes import dikenal pasti kelmarin.

