SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 17 kes baru, lapan berkait dengan kelompok TTSH

Covid-19: 17 kes baru, lapan berkait dengan kelompok TTSH

May 3, 2021 | 4:35 PM

Covid-19: 17 kes baru, lapan berkait dengan kelompok TTSH

Lapan kes dalam masyarakat yang disahkan pada Isnin (3 Mei) dikaitkan dengan jururawat di Hospital Tan Tock Seng dan dikesan menerusi pengujian ke atas pesakit dan kakitangan di hospital.
Lapan kes dalam masyarakat yang disahkan pada Isnin (3 Mei) dikaitkan dengan jururawat di Hospital Tan Tock Seng dan dikesan menerusi pengujian ke atas pesakit dan kakitangan di hospital. - TIMOTHY DAVID

SEBANYAK 17 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Isnin (3 Mei), menjadikan jumlah 61,235 jangkitan di Singapura sejauh ini. 10 daripadanya adalah kes dalam masyarakat, dan baki tujuh adalah kes yang diimport, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya. Lapan daripada kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan jururawat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan dikesan menerusi pengujian ke atas pesakit dan kakitangan di hospital. Secara keseluruhan, 35 kes dikaitkan dengan kelompok itu sejauh ini. Baki dua kes dalam masyarakat melibatkan kontak rapat kes terdahulu yang telah pun dikuarantin, kata MOH. Tiada kes dilaporkan dari asrama pekerja asing.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg