SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 18 kes baru; 15 kes masyarakat dengan 5 tiada kaitan; 3 kes import

Covid-19: 18 kes baru; 15 kes masyarakat dengan 5 tiada kaitan; 3 kes import

Jun 22, 2021 | 4:26 PM

Covid-19: 18 kes baru; 15 kes masyarakat dengan 5 tiada kaitan; 3 kes import

Foto EPA-EFE/WALLACE WOON
Foto EPA-EFE/WALLACE WOON -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 18 kes koronavirus baru pada tengah hari Selasa (22 Jun), menjadikan jumlah kes di Singapura mencecah 62,448 kes sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu.

Dalam kalangan 18 kes ini, 15 daripadanya merupakan kes masyarakat, dengan lima kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Tiada kes dormitori baru dikesan pada Selasa. Tiga kes import pula sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, jelas MOH. Dua daripada kes import ini melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini.

Pada Isnin malam, MOH mengesahkan kematian seorang lelaki 44 tahun kerana komplikasi jangkitan Covid-19 pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah kematian berpunca daripada koronavirus di Singapura mencecah 35 kes.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg