SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 18 kes baru dalam masyarakat, 6 tiada kaitan

Covid-19: 18 kes baru dalam masyarakat, 6 tiada kaitan

May 26, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 18 kes baru dalam masyarakat, 6 tiada kaitan

dc84a6b1-8ae2-41df-b2bf-b7139fafc230
-

TERDAPAT 18 kes Covid-19 baru dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk enam kes tanpa hubung kait dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 15 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini, dengan lapan daripadanya sudah dikuarantin terlebih dahulu dan baki tujuh kes pula dikesan melalui pemantauan Kementerian Kesihatan (MOH).

Selain itu terdapat tiga kes di dormitori pekerja migran.

Mengambil kira sembilan kes import - yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan tiga antara mereka adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) - secara keseluruhan, terdapat 30 kes baru Covid-19 sehingga 12 tengah hari semalam, menurut MOH dalam satu kenyataan.

Ia membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kepada 61,890.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg