Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 2 pemegang pas lawatan jangka pendek dari India, UK antara 6 kes import baru
Covid-19: 2 pemegang pas lawatan jangka pendek dari India, UK antara 6 kes import baru
Covid-19: 2 pemegang pas lawatan jangka pendek dari India, UK antara 6 kes import baru
DUA pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India dan United Kingdom bagi mengunjungi saudara-mara mereka yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura adalah antara enam kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikesan pada Selasa (9 Mac).
Wanita 57 tahun yang datang dari India serta lelaki 51 tahun dari United Kingdom itu sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa malam.
Selain dua kes ini, terdapat satu kes pemegang pas lawatan jangka panjang dari India, dua kes pemegang pas kerja dari Perancis dan Italy serta seorang pemegang permit kerja dari Indonesia. Wanita 23 tahun dari Indonesia itu adalah pembantu rumah asing.
Sementara itu, lima lagi kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.
Manakala 21 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Satu kes bagaimanapun berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

