Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COVID-19: 226 kes baru, 1 jangkitan dalam masyarakat, 9 kes import

Aug 3, 2020 | 4:17 PM
Selain seorang banduan yang merupakan satu-satunya kes dalam masyarakat, Singapura turut menyaksikan sembilan kes import hari ini.
Selain seorang banduan yang merupakan satu-satunya kes dalam masyarakat, Singapura turut menyaksikan sembilan kes import hari ini. - Foto - EPA=EFE

SEBANYAK 226 kes jangkitan Covid-19 dikesan di Singapura sehingga 12 tengah hari tadi (Isnin, 3 Ogos).

Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya, mendedahkan demikian di samping menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing.

Terdapat satu kes dalam masyarakat yang merupakan seorang banduan yang memegang pas lawatan jangka pendek, yang tiba di Singapura sebelum langkah perbatasan sepadan dilaksana, menurut MOH.

Dia telah dipisahkan dari tahanan yang lain sejak dimasukkan ke Kompleks Penjara Changi pada 30 Julai, dan diuji sebagai sebahagian dari pemeriksaan proaktif Perkhidmatan Penjara Singapura terhadap tahanan yang baru diterima.

Selain itu, sembilan kes import disahkan yang sudah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah sejurus tiba di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg