Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 24 kes baru 9 kes masyarakat; 15 import
Covid-19: 24 kes baru 9 kes masyarakat; 15 import
Apr 30, 2021 | 4:52 PM
Covid-19: 24 kes baru 9 kes masyarakat; 15 import
Foto HOSPITAL TAN TOCK SENG oleh ROSLAN RAHMAN/AFP -
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 24 kes jangkitan Covid-19 baru pada Jumaat (30 April).
Dalam kalangan 24 kes ini, sembilan merupakan dalam masyarakat. Lapan daripada sembilan kes ini berkait dengan kes sebelumnya termasuk empat orang dalam kelompok Hospital Tan Tock Seng (TTSH), jelas MOH dalam kenyataannya.
Tiada kes dormitori dikesan.
Baki 15 kes merupakan kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

