Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 24 kes baru, semua diimport
Covid-19: 24 kes baru, semua diimport
Covid-19: 24 kes baru, semua diimport
TERDAPAT 24 kes baru koronavirus disahkan sehingga tengah hari semalam, membawa jumlah keseluruhan di Singapura kepada 58,721.
Semuanya merupakan kes diimport dan mereka kini berada di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau pengasingan setelah tiba di Singapura.
Mereka termasuk seorang warga Singapura dan 15 pekerja domestik asing, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Tiada kes baru dalam masyarakat atau dalam kalangan dormitori pekerja.
Kelmarin, 35 kes import Covid-19 baru disahkan di Singapura.
Ia merupakan angka harian tertinggi sejak 14 September lalu apabila terdapat 48 kes.
Angka tertinggi bagi kes diimport sebelum ini adalah pada 28 Mac apabila terdapat 42 kes serupa itu.
MOH berkata semua individu yang dijangkiti yang diumumkan kelmarin berada di bawah SHN atau pengasingan apabila diuji.

