SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 29 kes baru, semua kes diimport

Covid-19: 29 kes baru, semua kes diimport

Feb 2, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 29 kes baru, semua kes diimport

403118d3-e604-42db-b980-8460b18fbdc0
-

SEBANYAK 29 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari semalam, menjadikan jumlah 59,565 kes di Singapura sejauh ini.

Kesemua kes itu ialah kes yang diimport, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Seorang penduduk tetap berusia 36 tahun yang bersiap sedia untuk berangkat ke India antara kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura kelmarin.

MOH berkata lelaki itu telah pulang dari perjalanan ke India pada 19 Disember lalu, dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus hingga 2 Januari.

Beliau disahkan negatif Covid-19 pada 31 Disember, dan tidak menunjukkan simptom.

Jangkitannya hanya diketahui Sabtu lalu daripada ujian sebelum keberangkatan yang beliau ambil sebagai persiapan untuk satu lagi perjalanan ke India, kata kementerian itu.

Ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa lelaki itu mempunyai muatan virus yang rendah.

Keputusan ujian serologi juga didapati positif.

MOH menambah: "Memandangkan ini menunjukkan kemungkinan jangkitan yang lalu, kami telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai diimport berdasarkan sejarah perjalanannya.

"Beliau mungkin sedang meluputkan cebisan virus RNA yang tidak lagi menjangkiti atau mudah berjangkit kepada orang lain."

Kesemua 29 kes yang dilaporkan kelmarin diimport termasuk kes yang tiba dari India, Britain dan Nigeria.

Terdapat juga 13 pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar.

Enam daripada mereka adalah pembantu rumah asing.

Kesemua mereka dikenakan SHN sebaik tiba di Singapura dan diuji semasa menjalani notis itu.

Kesemua mereka tidak menunjukkan simptom.

Sebanyak 32 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang kelmarin, menjadikan jumlah 59,213 pesakit telah pulih sejauh ini.

Seramai 44 pesakit masih dirawat di hospital.

Di serata dunia, lebih 101.4 juta orang telah dijangkiti Covid-19, dan lebih dua juta kematian telah dicatat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg