SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 29 kes baru, tiada kes masyarakat

Covid-19: 29 kes baru, tiada kes masyarakat

Jan 10, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 29 kes baru, tiada kes masyarakat

KES COVID: Kelmarin, MOH umum dua kes masyarakat, Salah satu kes ini melibatkan lelaki Singapura yang bertugas di Restoran Azur di Hotel Crowne Plaza Changi Airport. - Foto ZAOBAO
KES COVID: Kelmarin, MOH umum dua kes masyarakat, Salah satu kes ini melibatkan lelaki Singapura yang bertugas di Restoran Azur di Hotel Crowne Plaza Changi Airport. - Foto ZAOBAO -

SEHINGGA 12 tengah hari semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 29 kes import jangkitan Covid-19 baru di Singapura.

Semua kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.

Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan.

Kelmarin, MOH mendedahkan dua kes masyarakat dikesan. Salah satu kes ini melibatkan lelaki Singapura yang bertugas di Restoran Azur di Hotel Crowne Plaza Changi Airport.

Lelaki berusia 20 tahun itu adalah salah seorang daripada tiga individu yang disahkan positif Covid-19 di Azur, restoran di Lapangan Terbang Changi.

Pada ujian peringkat awal, beliau sudah disahkan positif bagi strain Covid-19 dari Britain yang lebih mudah menjangkiti pesakit.

Lelaki ini mengirim makanan kepada kru pesawat dan tetamu hotel serta tidak berinteraksi dengan pelanggan yang makan di Azur.

Beliau dikesan sebagai kontak dekat pemegang permit kerja Korea yang dilaporkan menghidap koronavirus pada Rabu lalu.

Kes masyarakat kedua kelmarin merupakan malim pelabuhan PSA Marine berusia 34 tahun. Kesnya adalah yang kelima dikaitkan dengan malim pelabuhan warga Singapura yang positif Covid-19 pada 30 Disember lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg