TIGA dalam empat kes Covid-19 dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan di Singapore Expo telah diuji semula dan didapati negatif.
Salah seorang daripada mereka, seorang ahli radiografi, 43 tahun, disalah uji positif.
Warga Singapura itu antara 33 kes sedemikian yang disalah uji akibat alat ujian yang tidak disesuaikan secara tepat.
Beliau disahkan pesakit Covid-19 pada 7 Mei.
Dalam satu kenyataan pada Ahad (10 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata reviu yang dilakukannya menunjukkan 33 ujian daripada makmal didapati disalah uji positif.
Apabila diuji semula oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional kes-kes itu didapati adalah negatif bagi Covid-19.
Tindakan segera telah diambil untuk memperbaiki keadaan, kata kementerian itu, sambil menambah makmal tersebut telah menghentikan semua ujian dan sedang berusaha menyelesaikan masalah itu


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg