Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 3 kes baru masyarakat tiada kaitan, 6 import
Covid-19: 3 kes baru masyarakat tiada kaitan, 6 import
Jun 11, 2021 | 4:29 PM
Covid-19: 3 kes baru masyarakat tiada kaitan, 6 import
Foto EPA-EFE/WALLACE WOON -
SEHINGGA 12 tengah hari Jumaat (11 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan sembilan kes jangkitan Covid-19 baru, dengan tiga daripadanya adalah kes masyarakat yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini.
Mendedahkan demikian dalam kenyataannya, MOH berkata baki enam kes baru itu merupakan kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.
Daripada enam kes itu, lima daripadanya adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini.
Tiada kes dormitori dikesan.

