SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 30 kes baru, 2 kes dalam masyarakat, 28 kes diimport

Covid-19: 30 kes baru, 2 kes dalam masyarakat, 28 kes diimport

Jan 18, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 30 kes baru, 2 kes dalam masyarakat, 28 kes diimport

326fa6aa-2142-43c3-8d0a-ab840b4da6bf
-

TERDAPAT 30 kes Covid-19 baru sehingga tengah hari semalam menjadikan jumlah kes di Singapura mencapai 59,113.

Angka itu termasuk dua kes dalam masyarakat. Namun tiada kes baru dilaporkan di asrama pekerja setempat.

Selain itu, terdapat 28 kes yang diimport yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, memberi butiran bagi kes Covid-19 kelmarin, MOH menyatakan sepasang suami isteri warga Singapura dan isteri pembantu doktor haiwan unit K-9 yang sebelum ini diuji positif adalah antara empat kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang dilaporkan.

Kesemuanya terdapat 24 kes yang dilaporkan kelmarin, satu daripada di Asrama Pekerja Tuas South dan 19 kes diimport.

Salah satu kes masyarakat adalah seorang lelaki berusia 39 tahun yang bekerja di Persatuan Pengakap Singapura di Bishan Street 12, yang mengendalikan umumnya tugas pentadbiran di pejabat.

Beliau juga merupakan pemandu bas sambilan dengan Westpoint Transit, menggunakan laluan khusus untuk Cameron (Singapura) dan GlaxoSmithKline Tuas.

Isterinya, juga 39 tahun, bekerja sebagai pegawai pentadbiran di OCBC Tampines Center One, tetapi tidak berinteraksi dengan pelanggan.

Seorang pesakit lain adalah wanita berusia 28 tahun, yang merupakan pasangan kepada lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu doktor haiwan di Pasukan Polis Singapura itu.

Beliau telah dianggap sebagai kenalan rapatnya sebelum itu dan diarahkan menjalani kuarantin pada 13 Januari. Beliau bekerja sebagai pegawai penjara di Perkhidmatan Penjara Singapura tetapi tidak berinteraksi dengan banduan penjara.

Wanita itu umumnya bekerja dari rumah dalam tempoh itu, ujar MOH.

Kes dalam masyarakat terakhir adalah seorang lelaki warga China berusia 33 tahun yang merupakan pemegang permit kerja.

Beliau bekerja sebagai pekerja pemprosesan makanan di Golden Bridge Foods Manufacturing.

Lelaki itu telah diuji tetapi keputusan ujiannya negatif pada 8 Januari. Beliau kembali bekerja pada 13 Januari, tetapi demam pada hari berikutnya dan kemudian diuji positif.

Bagi 19 kes import itu, ia merangkumi mereka yang datang dari negara seperti India, Amiriah Arab Bersatu, Perancis, Jepun, Sepanyol dan Myanmar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg