SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 35 kes dalam masyarakat - 22 kes MINDSville @ Napiri

Covid-19: 35 kes dalam masyarakat - 22 kes MINDSville @ Napiri

Jun 4, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 35 kes dalam masyarakat - 22 kes MINDSville @ Napiri

68573aed-5232-4b90-81dc-c6f69ed9352d
-

TERDAPAT 45 kes baru koronavirus yang disahkan sehingga tengah hari semalam termasuk 35 kes baru dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH)

Kes masyarakat yang baru itu termasuk 22 kes dari kelompok MINDSville @ Napiri yang diumumkan lewat kelmarin.

Lagi 13 kes masyarakat juga dilaporkan semalam, termasuk dua kes tiada kaitan.

Jumlah kes semalam membawa jumlah keseluruhan Covid-19 di Singapura kepada 62,145.

Di kelompok MINDSville @ Napiri, seramai 255 penduduk dan kakitangan diuji setelah seorang penduduk wanita berusia 37 tahun diuji positif Isnin lalu.

MOH berkata pada malam kelmarin bahawa kelompok itu telah meningkat kepada 27 kes, dengan butiran lima pesakit diumumkan sejauh ini, dan lagi 22 telah diuji positif awal sebelum ini.

Menurut MOH lagi, daripada 11 kes masyarakat yang mempunyai kaitan, enam telah pun diletakkan di bawah kuarantin.

Sementara itu, lima dikesan menerusi pengawasan.

Terdapat juga 10 kes diimport yang telah diletakkan di bawah notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya di Singapura.

Lima daripada kes diimport itu adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

Tiada kes baru dari dormitori pekerja dilaporkan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg