Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 35 kes masyarakat baru termasuk 22 dari kelompok MINDSville@Napiri
Covid-19: 35 kes masyarakat baru termasuk 22 dari kelompok MINDSville@Napiri
Covid-19: 35 kes masyarakat baru termasuk 22 dari kelompok MINDSville@Napiri
SEBANYAK 45 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Khamis (3 Jun), menjadikan jumlah 62,145 jangkitan di Singapura sejauh ini. Ini termasuk 35 kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH), dengan 22 daripadanya daripada kelompok MINDSville@Napiri. Kelompok itu kini mempunyai 27 kes, setelah kes pertama disahkan pada Isnin. Baki 13 kes dalam masyarakat terdiri daripada 11 yang berkait dengan kes terdahulu dan dua yang tidak berkait. Sebanyak 10 kes diimport turut dilaporkan dan mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Ini termasuk lima warga Singapura atau penduduk tetap. Tiada kes dari asrama pekerja asing dilaporkan.

