SEBANYAK empat kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Isnin (12 Oktober), menjadikan jumlah 57,880 jangkitan di Singapura sejauh ini.
Ini merupakan bilangan kes baru terendah yang disahkan dalam sehari sejak 4 Mac, di mana dua kes baru dilaporkan.
Kes yang disahkan pada Isnin termasuk satu kes dalam masyarakat, dan satu kes melibatkan pesakit yang menginap di asrama, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Dua kes import turut dilaporkan, dan mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg