Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 408 kes baru disahkan; lagi 767 kes dibenar pulang

Jun 1, 2020 | 11:00 PM
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan lagi 408 kes baru Covid-19 di sini yang kesemuanya melibatkan pemegang pas kerja di asrama.

Tiada kes jangkitan masyarakat mahupun kes import dilaporkan hari ini.

Dalam kenyataannya, MOH berkata lagi 767 kes Covid-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhannya, 22,466 individu telah pulih dari penyakit itu.

Buat masa ini, masih terdapat 344 kes yang disahkan yang masih dirawat di hospital, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan stabil.

Hanya tujuh berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sementara itu, seorang warga China berusia 51 tahun (kes 17329) telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan Covid-19 pada 31 Mei, kata MOH. Mendiang disahkan menghidap virus itu pada 1 Mei lalu.

Hospital Universiti Nasional telah menghubungi keluarganya untuk menghulurkan bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg