Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 481 kes baru di S'pura, 5 kes masyarakat dan 4 import

Jul 26, 2020 | 4:13 PM
MOH berkata jumlah purata kes harian dalam masyarakat dalam masa seminggu telah merosot. Hari ini (26 Julai) lima kes dalam masyarakat telah dilaporkan sehingga tengahari tadi.
MOH berkata jumlah purata kes harian dalam masyarakat dalam masa seminggu telah merosot. Hari ini (26 Julai) lima kes dalam masyarakat telah dilaporkan sehingga tengahari tadi. - LIM YAOHUI

Singapura mencatatkan 481 kes jangkitan koronavirus baru sehingga tengah hari ini (26 Julai),

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini kepada 50,369 kes, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini termasuk lima kes masyarakat, yang kesemuanya pemegang pas kerja manakala empat kes import yang sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Majoriti kes baru itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori, tambah MOH.

Semalam MOH berkata 11 lagi dormitori disahkan bebas koronavirus dan kini dalam laluan tepat untuk mengesahkan semua dormitori pada awal bulan depan kecuali 17 blok di lapan dormitori yang dibina khusus kerana menjadi kemudahan kuarantin untuk 28,000 pekerja yang diasingkan.

Lebih banyak butiran akan diberikan malam ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg