SEBANYAK enam kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Rabu (9 Dis), menjadikan jumlah 58,291 jangkitan di Singapura sejauh ini. Kesemuanya adalah kes yang diimport dan telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Tiada kes dalam masyarakat atau kes di asrama pekerja asing dilaporkan. Menurut MOH, seorang lelaki berusia 83 tahun di atas kapal persiaran Quantum of the Seas milik Royal Caribbean disahkan positif Covid-19 pada Rabu. MOH berkata sampel ujian lelaki itu akan diuji semula di Makmal Kesihatan Awam Nasional dan sampel kedua akan diambil bagi ujian pengesahan. Jika ujian lanjut juga didapati positif Covid-19, lelaki itu akan disertakan dalam kiraan kes harian, kata MOH. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg