SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: 6 kes masyarakat, 1 tiada kaitan

Covid-19: 6 kes masyarakat, 1 tiada kaitan

Jun 7, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 6 kes masyarakat, 1 tiada kaitan

5f6cfcf5-3534-4567-9b46-d2315d51dc38
-

SINGAPURA melaporkan 20 kes koronavirus baru sehingga tengah hari semalam, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Enam daripada kes baru itu merupakan kes dalam masyarakat, dengan lima berkait dengan kes sebelumnya serta sudah dikenakan kuarantin.

Satu kes baru buat masa ini tidak berkait, jelas MOH.

Sebanyak 14 kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, 12 merupakan warga Singapura atau penduduk tetap.

Tiada kes baru di dormitori pekerja yang dilaporkan.

Kes baru itu membawa kepada jumlah jangkitan keseluruhan Singapura kepada 62,196 kes.

Kelmarin, MOH berkata terdapat satu kelompok Covid-19 baru di kedai gunting rambut di Bedok.

Kelompok di Atatcutz Singapore mempunyai enam orang, dengan empat daripadanya adalah kes baru yang diumumkan pada Sabtu.

Antara mereka ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pekerja penghantaran untuk Pizza Hut dan diuji positif pada 4 Jun semasa dalam kuarantin. Beliau juga mengalami batuk.

Seorang lagi ialah wanita warga Singapura berumur 46 tahun yang bekerja sebagai pengurus di Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan telah bekerja dari rumah sejak April tahun ini.

Beliau dikuarantin pada 2 Jun dan mengalami demam pada 3 Jun tetapi tidak melaporkan gejala itu.

Beliau dikenakan ujian swab dan hasil ujiannya positif pada 4 Jun.

Dalam kalangan sembilan kes dalam masyarakat lain yang diumumkan, termasuk seorang lelaki menganggur yang berkaitan dengan kelompok pekerja penghantaran McDonald's di samping dua penduduk dan seorang pembantu rawatan di MINDSville @ Napiri.

Kelompok MINDSville @ Napiri kini mempunyai 30 kes, tambah MOH.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg