SEBANYAK 66 kes jangkitan Covid-19 baru disahkan di Singapura pada Isnin (6 April) dengan dua kelompok baru dikesan. Kelompok di Little Gems Preschool di 3 Ang Mo Kio Street 62 dan kelompok di Kranji Lodge di 12 Kranji Road masing-masing mempunyai tiga kes, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Isnin. Di kalangan kes baru, 1 adalah kes import dan 65 merupakan jangkitan setempat dengan 24 kes didapati berkait dengan kelompok asrama pekerja asing, dan 11 dikaitkan dengan kelompok lain. Penjejakan kontak sedang dijalankan bagi baki 30 kes jangkitan setempat. Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini 1,375.
Sejumlah 344 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg