Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 7 warga S'pura, 3 PR antara 26 kes import baru
Covid-19: 7 warga S'pura, 3 PR antara 26 kes import baru
Covid-19: 7 warga S'pura, 3 PR antara 26 kes import baru
TUJUH warga Singapura dan tiga Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Bangladesh, India, Qatar, Sepanyol dan United Kingdom adalah antara 26 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (30 Mac).
Dalam kenyataannya, MOH berkata semua kes itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif dalam tempoh tersebut.
Selain 10 kes ini, tiga kes melibatkan pemegang pas pelajar dari Bangladesh dan India. Dua kes pula merupakan pemegang pas kerja dari India dan Nepal.
Tujuh yang lain pula adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia dan Filipina. Lima daripadanya adalah pembantu rumah asing.
Dalam pada itu, MOH turut mengesan empat kes yang terdiri daripada pemegang pas lawatan jangka pendek. Dua daripada mereka tiba dari India untuk mengunjungi anggota keluarga yang merupakan warga Singapura atau PR Singapura. Baki dua lagi kes tiba dari Filipina dan Ecuador bagi projek kerja di Singapura.
Tujuh kes pula dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes yang sembuh daripada jangkitan ini mencecah 60,138 kes.
Terdapat 37 kes pula masih lagi dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Satu kes kritikal pula dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU). Sebanyak 142 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

