Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 8 kes baru, tiada kes dalam masyarakat
Covid-19: 8 kes baru, tiada kes dalam masyarakat
Covid-19: 8 kes baru, tiada kes dalam masyarakat
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan lapan kes import jangkitan Covid-19 baru semalam.
Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Tiada kes dormitori atau kes dalam masyarakat dikesan.
Kelmarin, seorang jurutera teknologi maklumat yang bertugas di institusi kewangan Deutsche Bank adalah satu-satunya kes masyarakat Covid-19 yang dikenal pasti. Beliau mengalami selesema pada 1 Mac dan mendapatkan rawatan di klinik umum pada hari yang sama tetapi enggan menjalani ujian Covid-19, kata MOH.
Pemegang pas kerja ini bertugas dari rumah sejak tiba ke Singapura dari India pada Januari.
Beliau diberi cuti sakit selama lima hari dan dinasihati agar kembali bagi ujian Covid-19 jika tidak sembuh.
Jangkitan yang dialaminya kemudian dikesan Khamis lalu apabila beliau mengambil ujian prakeberangkatan bagi mempersiapkan dirinya buat perjalanan ke India.
Jurutera teknologi maklumat ini didapati positif Covid-19 pada hari yang sama. Beliau digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dengan ambulans.
Sebelum ini, beliau yang tiba dari India pada 16 Januari menjalani SHN di kemudahan khusus hingga 30 Januari.

