SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Budak perempuan 5 tahun antara 10 kes import baru

Covid-19: Budak perempuan 5 tahun antara 10 kes import baru

Mar 10, 2021 | 11:13 PM

Covid-19: Budak perempuan 5 tahun antara 10 kes import baru

Foto AFP/ROSLAN RAHIM
Foto AFP/ROSLAN RAHIM -

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang memegang pas lawatan jangka pendek adalah antara 10 kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Rabu (10 Mac).

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam berkata selain budak itu yang tiba dari India bagi mengunjungi saudara-maranya yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura, seorang lagi pemegang pas lawatan jangka pendek tiba dari Indonesia bagi tujuan serupa.

Selain mereka, satu lagi kes Covid-19 melibatkan pemegang pas lawatan jangka pendek berusia 34 tahun dengan sejarah perjalanan dari Indonesia. Wanita itu ke Singapura bagi satu projek kerja.

Turut dikesan positif Covid-19 adalah dua PR Singapura yang pulang dari India dan Turkey.

Satu kes pula merupakan pemegang pas tanggungan yang datang dari India.

Empat kes lain adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Filipina. Dua daripada mereka pembantu rumah asing.

Sementara itu, MOH menambah enam kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Lagi 25 kes pula masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Bagaimanapun, satu kes berada dalam keadaan kronik di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg