SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19 buka peluang bina naratif baru bagi S'pura

Covid-19 buka peluang bina naratif baru bagi S'pura

Jan 16, 2021 | 5:30 AM

Covid-19 buka peluang bina naratif baru bagi S'pura

ed5240e5-79bc-4d4b-8b39-cf965317ee26
-

PANDEMIK Covid-19 menampilkan peluang untuk membina satu naratif baru bagi Singapura, sedang usaha terus dijalankan untuk menentukan apakah yang membentuk semangat negara ini, menurut ahli panel di forum Singapore Perspectives kelmarin.

Budaya, masyarakat dan perpaduan merupakan antara respons daripada pakar pelbagai bidang termasuk seni, media, sukan dan kesihatan mental apabila diminta menyifatkan teras Singapura di acara tahunan anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) itu.

Bagi pelakon veteran dan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Janice Koh, kenangan yang dikongsi bersama membentuk teras itu.

Menurutnya, antara sinar harapan yang hasil daripada situasi pandemik ini merupakan peluang menekan butang 'reset' pada kisah Singapura.

"Kita hidup dengan naratif tentang usaha pembangunan negara selepas penjajahan, selepas 1965.

"Kini, kita boleh memupuk sebuah naratif baru yang relevan kepada generasi lebih muda warga Singapura.

"Mereka mempunyai peluang menulis (naratif baru itu) dengan cabaran yang mereka lalui, daya tahan yang dibina serta kecekalan mereka pada masa ini," ujarnya.

Tambahnya, semangat Singapura juga boleh dibentuk oleh cara warga Singapura memahami pengalaman bersama mereka serta tanggapan masa lalu mereka berhubung landskap dan kehidupan bersama.

Profesor Audrey Yue, yang mengetuai jabatan perhubungan dan media baru di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan (FASS) Universiti Nasional Singapura (NUS) pula berpendapat bahawa semangat Singapura itu dibentuk budaya tradisional dan harian negara ini.

"Singapura negara yang mempunyai pendatang lama dan baru.

"Menerusi nenek moyang kita... kita terus mengekalkan budaya tradisional, tetapi juga mencampurkannya dengan amalan dan pengertian baru.

"Ini penting bagi teras identiti kita sebagai sebuah negara berbilang budaya dengan pelbagai kumpulan etnik," ujarnya.

Sementara itu, budaya harian antara lain dipaparkan menerusi nilai keluarga yang dikongsi bersama serta bahasa yang digunakan.

"Misalnya, bahasa Singlish contoh unik Singapura dan sebahagian semangat negara ini," kata Profesor Yue.

Bagi pakar psikiatri dan ketua eksekutif Promises Healthcare, Dr Munidasa Winslow, apa yang dianggap teras Singapura juga merupakan semangat kemasyarakatan.

"Kami melihat ini semasa Covid-19.

"Dalam beberapa minggu pertama (tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19), pakar psikologi dan pelbagai kementerian membentuk pasukan yang mengendali talian hotline bagi mereka yang perlu bercakap dengan seseorang dan berkongsi perasaan mereka.

"Kita dapat merasakan bahawa dalam apa pun krisis, kita mampu mengatasinya," ujarnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg