Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: ICA batalkan pasport warga kerana langgar Notis Jangan Keluar Rumah, tindakan pertama kali

Mar 29, 2020 | 10:57 AM
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan berkata Encik Goh menunjukkan 'sikap tidak bertangggungjawab' kerana tidak mematuhi notis SHN pertama diberikan dan kemudian bila kembali pada 24 Mac.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan berkata Encik Goh menunjukkan 'sikap tidak bertangggungjawab' kerana tidak mematuhi notis SHN pertama diberikan dan kemudian bila kembali pada 24 Mac. - GOV.SG , KUA CHEE SIONG

Pasport seorang lelaki warga Singapura telah dibatalkan kerana melanggar peraturan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dalam tindakan pertama yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap seorang warga.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Ahad (29 Mac) berkata Encik Goh Illya Victor, 53, telah ke Batam, Indonesia dari Singapura pada 3 Mac.

Kira-kira dua minggu kemudian, pada 19 Mac, beliau kembali ke Singapura melalui Terminal Feri Tanah Merah dan diserahkan dengan notis itu.

Tetapi dia kembali ke Indonesia pada hari yang sama, walaupun menerima SHN dan amaran dari pegawai ICA bahawa dia akan melanggar notis itu dan boleh menghadapi penalti.

Pada 24 Mac, beliau kembali ke Singapura melalui Pusat Peleseran Singapura dan diberikan notis kedua.

ICA berkata Encik Goh menunjukkan "kelakuan yang tidak bertanggungjawab" kerana tidak mematuhi SHN pertama dan kemudian kembali ke Singapura pada Selasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg