DUA kelompok jangkitan Covid-19 di McDonald's dan tapak binaan Hospital Universiti Nasional (NUH) ditutup, sedang 1,275 pesakit - bilangan tertinggi dalam sehari - dibenar pulang dari hospital.
Lagi 793 kes jangkitan Covid-19 baru diumumkan pada Jumaat (15 Mei) termasuk seorang warga Singapura berusia 53 tahun dan seorang pemegang pas kerja yang tinggal di luar dormitori pekerja asing.
Baki 791 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori.
Menurut MOH, kelompok jangkitan McDonald's dan tapak binaan di NUH di di 5 Lower Kent Ridge Road ditutup kerana tiada kes baru muncul dari kededua entiti itu sepanjang tempoh inkubasi virus 28 hari.
Lima kelompok jangkitan baru dikenal pasti iaitu, 80 Kaki Bukit Industrial Terrace, 48 Toh Guan Road east, 55 Tuas South Ave 1, 119 Tuas View Walk 1, dan 33 Tuas View Walk 2.
Kes baru hari ini membawa jumlah kes keseluruhan di Singapura kepada 26,891. Jumlah purata kes sehari terus merosot.
Seramai 7,248 daripada kes ini telah dibenar pulang. 21 pesakit telah meninggal dunia akibat Covid-19.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg