Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Lagi 486 kes baru, warga S'pura berusia 68 tahun pesakit ke-21 maut di sini

May 11, 2020 | 11:55 PM
Seorang lelaki warga Singapura berusia 68 tahun, dianggap maut kerana Covid-19. - Foto KELVIN CHNG
Seorang lelaki warga Singapura berusia 68 tahun, dianggap maut kerana Covid-19. - Foto KELVIN CHNG -

Lagi 486 kes Covid-19 dikesan di Singapura pada Isnin (11 Mei), membawa jumlah kes keseluruhan kepada 23,822.

Dua lagi pesakit meninggal dunia, meskipun hanya seorang daripada mereka, lelaki warga Singapura berusia 68 tahun, dianggap maut kerana Covid-19.

Beliau adalah pesakit ke-21 di sini yang maut kerana koronavirus itu.

Lelaki kedua, seorang warga India berusia 53 tahun mengalami serangan jantung sebelum diuji positif.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), mengikut amalan antarabangsa, lelaki ini tidak akan disenaraikan sebagai maut kerana Covid-19 - pesakit ketujuh di Singapura yang disifatkan meninggal dunia akibat punca lain meskipun diuji positif bagi Covid-19.

Kebanyakan kes baru hari ini - 481 kes - melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja, dengan lagi dua kes melibatkan warga Singapura dan penduduk tetap.

Menurut MOH, bilangan kes rendah yang dilaporkan pada hari ini sebahagiannya disebabkan kurang ujian yang diproses di makmal ujian.

Ini kerana makmal itu sedang menyesuaikan salah satu alat yang digunakan bagi ujian supaya menjadi lebih tepat, kata kementerian itu.

Dalam pada itu, sejumlah 504 lagi kes Covid-19 telah dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan masyarakat.

Secara keseluruhannya, 3,225 telah sembuh sepenuhnya dari jangkitan dan telah dibenarkan pulang.

Terdapat 1,093 kes pada masa ini yang masih di hospital.

Sedang sebahagian besar adalah stabil, 24 masih dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sejumlah 19,448 kini diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Ini melibatkan mereka yang mengalami gejala ringan, atau secara klinikal sihat tetapi telah diuji positif bagi Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg