Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Lelaki 73 tahun meninggal dunia

Jun 13, 2020 | 11:10 PM
Lagi 768 kes jangkitan telah pulih dan dibenarkan pulang pada Sabtu. Secara keseluruhan, 28,808 pesakit telah sembuh.
Lagi 768 kes jangkitan telah pulih dan dibenarkan pulang pada Sabtu. Secara keseluruhan, 28,808 pesakit telah sembuh. - AFP

SEORANG pesakit Covid-19 berusia 73 tahun meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat jangkitan koronavirus itu pada Jumaat (12 Jun). Lelaki warga Singapura tersebut disahkan dijangkiti virus itu pada 9 Mac, dan mempunyai sejarah penyakit hipertensi, hiperlipidemia dan penyakit ginjal kronik, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Sabtu. Mangsa adalah kes kematian akibat komplikasi Covid-19 yang ke-26. Sebanyak 347 kes baru disahkan pada Sabtu, terdiri daripada lima kes dalam masyarakat melibatkan dua warga Singapura dan tiga pemegang permit kerja. Baki 342 kes melibatkan pekerja asing yang menetap di asrama. Kedua-dua kes warga Singapura dikesan menerusi pemeriksaan proaktif, kata MOH. Di kalangan tiga pemegang permit kerja yang dijangkiti, satu adalah kontak kes yang disahkan sebelumnya dan telah dikuarantin di sebuah kemudahan kuarantin pemerintah sebelumnya. Satu lagi dikesan sebagai sebahagian usaha memeriksa pekerja dalam khidmat penting. Baki satu kes berkaitan dengan kelompok di Alaunia Lodge. Sementara itu, lagi 768 kes jangkitan telah pulih dan dibenarkan pulang. Secara keseluruhan, 28,808 pesakit telah sembuh.

Satu kelompok, iaitu Space @ Tuas Apartment di 16 Tuas Avenue 1, telah ditutup kerana tiada kes dikaitkan dengannya sepanjang 28 hari lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg