Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: MOM galak majikan beri cuti LOA kepada pekerja yang pulang negara 14-20 Mac

Mar 20, 2020 | 11:30 AM
GALAK BERI CUTI: MOM akan membolehkan majikan dan orang yang bekerja sendiri untuk membuat tuntutan sebanyak $100 sokongan harian bagi LOA yang dikeluarkan.
GALAK BERI CUTI: MOM akan membolehkan majikan dan orang yang bekerja sendiri untuk membuat tuntutan sebanyak $100 sokongan harian bagi LOA yang dikeluarkan. - - Foto fail

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) menggalakkan majikan untuk mengeluarkan Cuti Tanpa Hadir (LOA) ke atas semua pekerja yang pulang ke Singapura dari luar negara antara 14 Mac hingga 20 Mac, bagi mengatasi risiko kes koronavirus yang diimport.

Bagi menyokong usaha ini, MOM akan membolehkan majikan dan orang kerja sendiri untuk membuat tuntutan sebanyak $100 sokongan harian bagi LOA yang dikeluarkan syarikat itu.

Langkah itu sejajar dengan pengumuman sebelum ini bahawa semua kakitangan sekolah dan pelajar yang pulang ke Singapura antara 14 hingga 20 Mac akan diletakkan dalam LOA bermula pada hari mereka pulang.

"Pemerintah sedar ramai ibu bapa telah terjejas dengan langkah nasional ini kerana perlu menjaga anak mereka dalam tempoh ini," kata MOM dalam satu kenyataan pada 20 Mac.

Dalam tempoh LOA itu, majikan harus membenarkan kakitangan untuk kerja dari rumah, atau memberi cuti tambahan berbayar jika tidak boleh kerja dari rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg