SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Pegawai kargo warga S'pura antara 2 kes baru dalam masyarakat

Covid-19: Pegawai kargo warga S'pura antara 2 kes baru dalam masyarakat

Jan 5, 2021 | 11:45 PM

Covid-19: Pegawai kargo warga S'pura antara 2 kes baru dalam masyarakat

Pegawai kargo itu, termasuk lagi lima kes Covid-19 baru, mempunyai kaitan dengan tiga kes yang dilaporkan sebelum ini, menjadikan satu kelompok jangkitan baru dalam sektor marin. -
Pegawai kargo itu, termasuk lagi lima kes Covid-19 baru, mempunyai kaitan dengan tiga kes yang dilaporkan sebelum ini, menjadikan satu kelompok jangkitan baru dalam sektor marin. - - FOTO: NG SOR LUAN

SALAH satu daripada dua kes dalam masyarakat baru di sini yang dilaporkan pada Selasa (5 Jan) merupakan lelaki warga Singapura berusia 55 tahun yang bertugas sebagai pegawai kargo.

Beliau mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

Perincian tersebut didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa malam.

Sejumlah 28 kes jangkitan Covid-19 baru di laporkan - 26 import dan dua dalam masyarakat.

MOH berkata, pegawai kargo itu, yang dikesan sebagai kes 58,997, telah menaiki sebuah kapal bernama NewOcean 6 dari 21 hingga 23 Disember lalu dan antara 28 Disember dengan 2 Januari.

Dari 23 hingga 28 Disember lelaki itu berada di rumahnya di Tah Ching Road.

Ujian awal yang dijalankan ke atasnya - iaitu kali terakhir pada 23 Disember lalu - didapati negatif jangkitan Covid-19.

Malah, pada 31 Disember beliau telah dikuarantin kerana dikesan sebagai kontak rapat kes yang dilaporkan sebelum ini, iaitu kes 58,812, yang juga merupakan seorang kru kapal berkenaan.

Kes 58,997 telah dibawa ke kemudahan kuarantin pemerintah pada 2 Januari dan diuji positif Covid-19 pada 3 Januari.

MOH berkata, beliau kemudian dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit. Ujian serologikalnya didapati negatif, menandakan jangkitan baru.

Kesemua ahli kru kapal itu telah dikuarantin sejak 31 Disember, jelas MOH.

Satu lagi kes dalam masyarakat pula melibatkan lelaki warga India berusia 49 tahun yang memegang Pas Lawatan Jangka Pendek.

Beliau berada di sini untuk melawati isterinya yang merupakan warga Singapura.

Lelaki berkenaan tiba dari India pada 10 Disember dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus sehingga 24 Disember.

Keputusan ujian Covid-19 yang diambil sebelum beliau berangkat dari India disahkan negatif dan ujiannya semasa menjalani SHN pada 21 Disember lalu juga didapati negatif.

MOH berkata, pesakit tersebut tidak menunjukkan simptom tetapi kesnya dikesan semasa menjalani ujian Covid-19 sebelum berangkat ke India pada 3 Januari.

Keputusan ujian tersebut didapati positif sehari kemudian, kata MOH, dan beliau dibawa ke Hospital Mount Elizabeth.

Ujian serologikalnya didapati positif, yang menandakan jangkitan terdahulu. Bagi kes import pula, MOH mendedahkan terdapat dua warga Singapura dan dua Penduduk Tetap yang telah tiba di sini dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan India.

Lagi dua kes merupakan Pemegang Pas Kerja dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan baki 20 kes pula Pemegang Permit Kerja yang tiba di sini dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Filipina.

Seramai 13 daripada mereka pembantu rumah asing.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg