SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Pekerja Domino's Pizza antara 3 kes baru kelompok jangkitan pekerja pengiriman McDonald's

Covid-19: Pekerja Domino's Pizza antara 3 kes baru kelompok jangkitan pekerja pengiriman McDonald's

May 26, 2021 | 12:21 AM

Covid-19: Pekerja Domino's Pizza antara 3 kes baru kelompok jangkitan pekerja pengiriman McDonald's

PENUTUPAN SEMENTARA: Kedai Domino's Pizza di Tanjong Katong ditutup sementara sebagaimana yang dijelaskan notis di Facebook ini menyusuli kes jangkitan Covid-19 melibatkan pekerjanya. - Foto FACEBOOK DOMINO'S PIZZA
PENUTUPAN SEMENTARA: Kedai Domino's Pizza di Tanjong Katong ditutup sementara sebagaimana yang dijelaskan notis di Facebook ini menyusuli kes jangkitan Covid-19 melibatkan pekerjanya. - Foto FACEBOOK DOMINO'S PIZZA -

TIGA lagi pekerja kedai makanan segera dikenal pasti sebagai kes jangkitan Covid-19 baru yang berkait dengan kelompok pekerja pengiriman McDonald's.

Dalam kenyataannya pada Selasa (25 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan kelompok ini kini memiliki 13 kes dengan tiga kes baru melibatkan:

1) Lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun yang bertugas sebagai pekerja pengiriman Domino's Pizza (Tanjong Katong). Beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelum ini dan sudah dikuarantin pada 22 Mei. Beliau mengalami demam, sakit kepala, sakit badan dan muntah-muntah.

2) Wanita Singapura berusia 72 tahun yang bertugas sebagai pekerja dapur di McDonald's (Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias). Beliau tidak menampakkan kesan jangkitan dan menjalani ujian Covid-19 atas aturan syarikatnya.

3) Lelaki Singapura berusia 32 tahun yang bertugas sebagai pekerja dapur di McDonald's (Bedok Reservoir). Beliau adalah rakan sekerja kes sebelum ini dan mengalami demam pada 24 Mei.

Sementara itu, di laman Facebook Domino's Pizza Singapore, dimaklumkan cawangan Tanjong Katong ditutup buat sementara waktu demi kesejahteraan dan keselamatan pelanggan dan pekerjanya.

"Buat sementara waktu, pelanggan boleh pilih untuk tempah piza dalam talian serta mengambil makanan yang ditempah itu di kedai Domino's cawangan Upper Paya Lebar atau Siglap.

"Kami meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul. Kekal selamat dan marilah kita luputkan Covid-19 bersama!" jelas Domino's Pizza dalam lampiran pos itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg