SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Pekerja McDonald's di Hougang Ave 8 antara 4 kes masyarakat tiada kaitan dengan kes lalu

Covid-19: Pekerja McDonald's di Hougang Ave 8 antara 4 kes masyarakat tiada kaitan dengan kes lalu

May 28, 2021 | 10:33 PM

Covid-19: Pekerja McDonald's di Hougang Ave 8 antara 4 kes masyarakat tiada kaitan dengan kes lalu

Foto FAIL ini dirakam sebelum tempoh pandemik.
Foto FAIL ini dirakam sebelum tempoh pandemik. -

EMPAT daripada 15 kes jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti pada Jumaat (28 Mei) tiada kaitan dengan kes sebelum ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam satu kenyataannya pada Jumaat malam, empat kes ini dikatakan melibatkan:

1) Lelaki warga Malaysia berusia 28 tahun yang bekerja di bawah I-VIC Logistic Pte Ltd sebagai pekerja pengiriman McDonald's (Hougang Avenue 8). Menurutnya, beliau tidak ditugaskan ke cawangan McDonald's lain.

2) Wanita Penduduk Tetap Singapura berusia 38 tahun yang bertugas di Sri Murugan Trading Pte Ltd (Anchorvale).

3) Lelaki Penduduk Tetap Singapura berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pengurus di Success Consultancy Pte Ltd. Beliau sudah menjalani suntikan petama pada 20 Mei.

4) Lelaki Singapura 62 tahun yang merupakan pesara. Beliau sudah menerima suntikan pertama pada 16 Mac dan suntikan kedua pada 6 April.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg