Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pemerintah akan luaskan pemantauan demi cegah penularan

Jul 2, 2020 | 7:14 PM
Pihak berkuasa akan meluaskan pemantauan pada setiap kes Covid-19 untuk mengenal pasti setiap kontak dekat demi membendung penyebaran penyakit tersebut. - FOTO: Fail.
Pihak berkuasa akan meluaskan pemantauan pada setiap kes Covid-19 untuk mengenal pasti setiap kontak dekat demi membendung penyebaran penyakit tersebut. - FOTO: Fail. -

KEADAAN di Singapura stabil dan terkawal selepas dua minggu Singapura memasuki Fasa Dua pembukaan semula ekonomi, walaupun jumlah kes yang disahkan telah meningkat.

Tetapi pihak berkuasa akan meluaskan pemantauan pada setiap kes Covid-19 untuk mengenal pasti setiap kontak dekat demi membendung penyebaran penyakit tersebut.

Dalam sidang media pada Khamis (2 Julai), Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, membentangkan norma baru ini sambil menyatakan bahawa ia perlu kerana individu akan keluar lebih kerap dan akan berhubungan dengan lebih banyak orang.

Encik Gan berkata, dari purata empat kes baru masyarakat setiap hari pada minggu sebelumnya, jumlahnya meningkat kepada lapan kes baru setiap hari dalam seminggu terakhir, dengan sebahagian besar kes itu dikesan daripada pengawasan dan pemeriksaan aktif.

Menurutnya, pemerintah akan mengawasi jumlahnya dengan teliti.

"Kami mahu mengesan kes-kes lebih awal sehingga kami dapat membendungnya demi mencegah kelompok besar terbentuk," kata Encik Gan.

Encik Wong, pengerusi bersama pasukan bertindak pelbagai kementerian bagi menangani Covid-19, pula berkata rakyat Singapura boleh menjangkakan lebih banyak orang berpotensi diberitahu setiap kali ada kes, dan lebih banyak orang mungkin diberitahu untuk menjalani ujian.

Lebih banyak orang juga boleh dikenakan kuarantin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg