Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Penduduk digesa duduk di rumah, patuh langkah jarak selamat lebih ketat

Apr 6, 2020 | 12:40 AM
a6348796-84fa-499f-882c-f0c7c82135d3
-

PENDUDUK di Singapura perlu duduk di rumah dan hanya keluar untuk melakukan kegiatan penting seperti membeli makanan, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Ahad (5 April), dengan jumlah kes Covid-19 baru melonjak kepada 120 kes - jumlah paling banyak dalam sehari.

Encik Wong menekankan peri penting setiap penduduk melaksanakan jarak selamat secara serius, dan berkorban secara peribadi dengan tidak melakukan kegiatan rutin seperti berjumpa rakan yang 'tidak boleh diterima lagi'.

Pemerintah, pada Jumaat (3 April) mengumumkan bahawa semua tempat kerja akan ditutup dan makan luar tidak lagi dibenarkan di tempat menjual makanan mulai Selasa (7 April).

Langkah yang dijadual selama sebulan sehingga 4 Mei itu antara tindakan 'pemutus litar' yang bertujuan mengekan penularan koronavirus dalam masyarakat.

Encik Wong berkata:

"Peraturannya adalah jelas. Anda keluar rumah hanya untuk melakukan kegiatan penting - bekerja dalam tugas yang dianggap penting, untuk membeli makanan, untuk bersenam dengan ahli keluarga utama... lain daripada ini, anda perlu duduk di rumah."

Syarikat yang tidak menawarkan perkhidmatan penting atau dalam sektor ekonomi utama perlu melaksanakan kerja dari rumah sepenuhnya atau menghentikan kerja," tambah Encik Wong.

"Ini tidak boleh dibawa berunding... ia jelas dan mudah difahami," katan Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak khas berbilang kementerian yang ditubuhkan bagi menangani masalah Covid-19.

Menurut Encik Wong, ada sedikit kekeliruan mengenai jenis perniagaan yang dibenar terus dibuka dalam tempoh pemutus litar dan persoalan ini akan dihuraikan.

Sekitar 75 peratus pekerja dianggarkan bekerja dari rumah atau berhenti bekerja bagi tempoh pemutus litar ini sehingga 4 Mei.

Menulis di Facebook pada Ahad, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bilangan kes jangkitan setempat yang meningkat antara sebab pemerintah melaksanakan tindakan lebih ketat.

"Dengan orang menjauhi tempat kerja, pelajar melaksanakan pembelajaran di rumah sepenuhnya dan semua orang mematuhi peraturan jarak selamat lebih ketat, bilangan kes baru seharunya berkurangan dan kita akan berada dalam keadaan lebih baik," kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg