LEBIH 100 restoran, kafe, dan kedai makanan setempat telah menggembleng tenaga untuk memberi makan kepada pekerja asing dalam krisis Covid-19. Inisiatif yang digelar Project Belanja itu telah mengumpul lebih $188,000 sejauh ini, dan usaha mengumpul dana akan diteruskan hingga hujung tahun ini. Projek itu pada mulanya merupakan program baucar makanan untuk golongan bergaji rendah dan pekerja asing. Namun, semua derma pada masa depan kini akan disalurkan untuk menghantar makanan kepada pekerja asing di bawah inisiatif ItsRainingRaincoats. Secara keseluruhannya, sebanyak 6,675 hidangan akan dihantar menjelang 4 Mei. Project Belanja disokong oleh badan amal Blossom World Society dan Persatuan Restoran Singapura (RAS).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg