PRESIDEN Halimah Yacob telah memberi izin untuk membiayai pakej sokongan Covid-19 berjumlah $33 bilion, iaitu mengeluarkan tambahan $31 bilion dari rizab lalu Singapura.
Memberi persetujuannya kepada Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Kedua (FY 2020) pada hari ini (16 Jun), langkah yang secara rasmi membenarkan Belanjawan Kecekalan, Puan Halimah berkata walaupun warga Singapura menanti Fasa Dua Jumaat ini, kenyataannya adalah bahawa wabak Covid-19 tidak akan terhapus dalam waktu terdekat ini.
"Namun pada masa yang sama, kita mesti mengambil peluang ini untuk menyesuaikan diri dengan pantas.
"Dunia akan berubah dan berbeza sekali selepas krisis ini, jadi kita mesti...melindungi mata pencarian dan mempelajari kemahiran baru agar kita bersedia untuk muncul lebih kuat dari krisis ini.
"Objektif inilah yang ingin dicapai Belanjawan Kecekalan," tulis beliau dalam satu catatan di Facebook.
Pada 26 Mei, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan Belanjawan tambahan bernilai $33 bilion yang bertujuan membantu pekerja dan perniagaan mengatasi krisis Covid-19 dan prospek ekonomi yang suram melangkah ke depan. - The Straits Times


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg