SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Semua 35 jangkitan baru di SG kes import

Covid-19: Semua 35 jangkitan baru di SG kes import

Jan 4, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: Semua 35 jangkitan baru di SG kes import

5f35e168-aca7-4454-ab22-dbedb4345726
-

SEBANYAK 35 kes baru Covid-19 disahkan di Singapura hingga tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu di sini berjumlah 58,697.

Semua jangkitan baru itu adalah kes import dan telah ditempatkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Enam daripada mereka adalah warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura manakala tujuh pembantu rumah asing.

Sementara itu, polis menyatakan ia sedang menyiasat 44 orang - 41 warga Singapura, seorang PR, seorang warga Malaysia dan seorang warga China - kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat di bawah peraturan Covid-19.

Sekitar 1.20 pagi pada Jumaat lalu, polis menerima satu laporan tentang satu perhimpunan di sebuah bangunan industri di Boon Lay Way.

Apabila tiba di tempat itu, pegawai polis menemui sekumpulan 29 lelaki dan 15 wanita, berusia antara 17 dengan 34 tahun, sedang minum, merokok dan menyanyi di sebuah pejabat kosong.

Siasatan awal menunjukkan mereka berkumpul bagi tujuan bersosial dan premis tersebut tidak mempunyai lesen untuk menyediakan hiburan awam.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sementara itu, MOH mengesahkan 33 kes baru Covid-19 kelmarin, semuanya kes import.

Dua daripada mereka mempunyai gejala penyakit koronavirus itu, sementara bakinya tidak.

Antara kes baru itu ialah seorang budak kecil perempuan dari India yang merupakan pemegang pas tanggungan dan sembilan pembantu rumah asing.

Tiada kes dalam masyarakat dan di asrama pekerja dilaporkan.

Secara keseluruhan, jumlah kes baru dalam masyarakat telah meningkat kepada 10 minggu lalu daripada satu kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah kes tiada kaitan dalam masyarakat juga meningkat, kepada empat kes minggu lalu daripada satu pada minggu sebelumnya.

Sejauh ini, Singapura melaporkan 29 kematian akibat komplikasi Covid-19.

Di peringkat sejagat, pandemik yang bermula di China pada Disember 2019 itu telah menjangkiti lebih 82.7 juta orang. Lebih 1.8 juta orang meninggal dunia akibatnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg